Harapanku...

Harapanku...

Saturday, October 24, 2009

Jauhhh

Assalamualaikumm......

jauh.....ape erti jauh???
jauh dr Allah??
jauh dr keluarga??
jauh dari teman rapat??
jauh dari belajar??
jauh dr guru2??

hmmm...da agak lame ak xjenguk mutiara rahsia ak ni....rindu...tp terlalu bz.....mitak maafff
ak sekarang ni...terasa sedikit lega sbb ak pnye tok oral presentation da abeh....
alhamdulillaaaahhhhh sanagt sbb cg sanagt baek....sanagt memahami ak..
ak rasa english ak hancur tp ketika ak present 2..ntahh.....da r xcoonfident tp kawan sepresent dengan ak ckp, ak mantap...confident dan bereehhh r....
alhamdulillah...teacher ckp, "I can give them above 16" do u want to know sumthing?? above 16 is already A...alhamdulillah...subjek tok 2...sbjek yang paling ak xsske.,...hahaha...mtak maaf la cg..ampunkan dosaku...

lepas 2...ak pom baru je lpas kne mock ioc bm dan oral english...
lpas daripada present chemistry dan pai jagk...penat gle...tensioonnnn!!!!!1
ak nak blik umah kak ak....
ak tensennnn.....penattt......tambah2 plak ketika 2 ak xbole solat,.....jauh dari Islam...jauh dari Allah....
ak terasa sunyi....terasa yag amat sangat...
seminggu ak xg surau....
hidup ak gundah...

tup2 plak..petang 2 .....
ade meeting ipi...
debuusshhhh...terkena batang hidung....
hmm...mentang2 ak xpegi surau sminggu....ak terpe'ot kot...hmmm..xpela...biasala kawan2...
saling tegor menegor 2 penting...semua ni untuk ak jgk...
mendekatkan diri kepadaNya...
kepada pencipta cinta ak sendiri....

Thursday, September 17, 2009

kau pergi.......

Sayu terpisah,
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah,
Berhembus angin rindu,
Begitu nyamannya terhiduan niat kasihmu,
Hujan lebat mencurah kini,
Bagaikan tiada henti,
Kaulah laguku kau irama terindah,
Tak lagi ku dengari,
Kau pergiiiiiiii………pergiiiiii

Sepi,
Tanpa kata,
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa,
Apapun kata mereka,
Biarkan kenangan berbunga diranting usia,
Hujan lebat mencurah kini,
Bagaikan tiada henti,
Kaulah laguku kau irama terindah,
Tak lagi ku dengari,
Kau pergiiiiiiii………..pergiiiiiiiiii…………

Monday, September 14, 2009

hari ni????

assalamualaikum.....
hari ni hari selasa...time to go back home!!!!!!!!!!!!!!
yuhuuuuuuuu....
saat2 yang sangat ditunggu2 oleh dak2 kms...........yuhuuuuuuuuuuuuuu.....
tp ak tertanya-tanya mcm mna yek kt umah?
apa akan jadi kat umah?? hmm..iman ak mcm mna yek??

untuk pengetahuanmu,
kakak ak akn kawen!!!!! sama dengan cg jowel..br je nk ajak mak ak ke KB untuk pegi tgk mjlis perkahwinan cg jowel....tp xsempat la plak....."mcm mna ko nk pegi..kakak ko kawen!!!!" hahahah lawak tol mak ak ni...=)

Wednesday, September 2, 2009

kat kolej...

assalamualaikum....

wahhh..ak gembira sbb ak langsung dah xingat lagik pada dy..waaaahhh..Alhamdulillah...akhirnya segala usaha aku berbaloi..bayk cr ak nk lupakan dy...hmmm...

kt kolej? hidup dengan ib? semua menyerabutkan..tp nk buat mcm mana...dah takdir dan qada' serta qadar ak kt kms, amik IB WORLD ni...hmm... xpe..mesti ada hikmah, kelebihan dan kemanisan yang Allah nak tunjuk kat aku melalui IB ni...

melalui Ib ni jugak, ak berjumpa dengan kwn2 yang sangat bez terutamanya dak-dak sekelas dengan ak..ak mmang enjoy...cg2 IB pom mcm dan agak sukakan kiteorg la...skema la katakan..hahaha...tp ak x....hmmm.....

ak suka duduk sini tp jangan lontarkan kepda ku pelbagai masalah. mungkin aku boleh cuba untuk mengelaknya tp ak akan cuba untuk menyelesaikannya juga. mohon hati kecilku, moga ak dapat melalui semuanya dengan tabah......


Saturday, August 29, 2009

Balik kolej.....

assalamualaikum......

hmm...esok blik kolej..... hidup sbgai budak ib mesti diteruskan lagik....nak buat mcm mana...harap-harap semuanya kembali sedia kala kt umah ni....atap xbocor lagik...family dah ok.... unexpected ib..unexpected ib... sangat meletihkan...skrg nk focus pada study dan ade bnde laen ckit je lagi..... byak dah abeh, byk dah lepas jawatannya.. insyaAllah. Allah maha mendengar segala rntihan hati  ini.......

Friday, August 28, 2009

Hati kecilku.....

salam.....teman-temaku semua......

Hidupku makin gundah. Makin sedih. Makin sayu apabila meihat keadaan abangku yang sudah hampir 3bulan terlentang di atas katil. Sebak di dada ditahan, airmata di kelopak mata, bergelinang, disekat, ditepis. Xde yang memahami. Xde yang mengertinya. Bila ak di sisinya, terasa pelik. Melihat orang besar seperti bayi semula. Mak dan ayah dah sememnganya cukup sabar. Mengharapkan dibalas oleh anak-anak tetapi masih tidak dapat dibalas. Sebaliknya terpaksa menambah beberapa tahun lagi membesarkan seorang bayi yang sudah besar yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain di hati kecilnya, berdoa supaya dijauhkan semua ini. Hati kecilku menangis lagi. Xmahu memandang tp terpaksa. Tiba-tiba ak menjadi pelakon terhebat di hadapan mereka. Menyorok kesedihan, menyepikan kedukaan dan kehampaan. Menonjolkan kegembiraan, gelak tawa serta senda gurau untuk menyerikan suasana rumah. semua hilai tawa selama ini lenyap sekelip mata sahaja, 3 bulan yang lalu. Semuanya hilang. Sekarang penuh dengan kesedihan di hati masing-masing. Terutamanya mak. Mak, maafkan kak chik sbb xmampu berbuat apa-apa untuk abang. Hasbiyallah, wani’mal wakil, wani’mal maula, wani’mannasir…….

Pelbagai dugaan keluarga ku timpa. Dengan perangai abangku, ayahku, adikku yang xbrapa btol n elok ckit perangainye 2. Menambahkan lagi kesedihan dan kerisauan di hatiku dan makku. Kakak pula, timbulkan lagi masalah dengan masalahnya sendiri. Tetapi mengaitkan dengan keluarga. Isu kawen…hmmm…. Masalah2… tarikh dah tetap, tp nk tunda lagi untuk kali ke2…ape nk jadi dengan pihak laki ni. Hm. Semua dah settle. Duit hantaran dh siap. Cme tnggal nk akad je. Semuanya dengan izin Allah. Kita hanya mampu merancang, tp semuanya yang baik datang daripadaNya sahaja dn Dialah sebaik-baik perancang untuk segala-galanya di dunia ini. Hasbirabbi jalallah mafiqalbi ghairullah….

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang ada kesahnya sendiri termasuk diriku jua. Sekarang ak tengah melawan kemungkaran yang mungkin tidak sedar aku akan melakukannya. Pedih, perit, sakit tp manis dijanjikan kelak. Ak sangat-sangat perlukan sokongan, dan kata-kata semangat. Seringkali ak jatuh. Tp bukan dihadapan orang. Airmataku jatuh semata-mata untuk mengelak semua ini terjadi. Pedih. Sangat pedih. Hanya aku dan Engkau memahaminya. Ak perlukan Engkau dalam hidupku, dalam hatiku, menggantikan si dia. Ak lalai mengingatiMu bila hati kecilku ni hanya ada nama Dia. Tanpa kusedari, ak telah melakukan dosa yang sangat besar tanpa ak sangka. Ak merasakan perkara ini kecil, tp sebenarnya menjadi semakin berat. Dh nk msuk 3sem. Atau setahun setengah. Ya Allah, mudahkan urusan hambaMu ini. Ak hanya inginkan cintaMu, dan cintanya bila diizinkan Engkau. Ak menunggu izinMu, ak reda dan tawakal pada qada’ dan qadarMu. Ya Allah, jika dia baik untuk agamaku, hidupku dan matiku, maka sabarkan kami sehingga ke hari yang sebenarnya dan jika dia bukan untukku, maka, jauhkanlah dia dari ku daripada mengganggu ku, melalaikan ku daripada mengenal cintaMu yang hakiki.

*************************************************************************************

Ak merahsiakan semua ini daripada semua orang. Sekarang, tiada lagi rahsia (asrar) kerana (asrar) telah diambil orang. “Khazanatul Asrar” nama yang sangat indah yang membawa banyak makna kepada diriku. Tetapi, amat menyedihkan kerana “Asrar” telah diambil orang. ak xsanggup untuk menggunakan perkataan itu lagi. Satu lagi yang sangat menyedihkan ak, kenapa perlu ada ketidak adilan dalam hidup ini. Semua yang ak suka, yang ak kehendaki di ambil orang? mungkin itu yang terbaik untuk diriku, pujukku. Setiap kali perkara sebegitu terjadi, hati kecilku memujuk lagi. Memujuk, memujuk sampai letih. Sampai pedih. Ak menahan lagi perasaan ku, ak menahan lagi rahsia hatiku ini. Hanya ak dan buku biru mengetahuinya. Buku biru, pemberian teman baikku, menjadi temanku bila malam menjelma. Temanku bila ak sedih, berduka. Sahabat? Susah. Susah sangat kerana masing-masing sibuk. Walaupun ak ada teman rapat, tp, ak xmahu burdenkan masalahku dalam dirinya. Mereka pom ada masalah mereka tersendiri. Masalahku hanyalah masalah dunia. Masalah yang sangat xberfaedah. Xseperti mereka. Masalah mereka dengan pencipta kita. Mereka menyedarkan ak. Mereka disisiku bila ak perlu, bila ak sedih. Mereka teman yang sangat baik. Trima kasih ya Allah kerana telah memberi ak kesempatan untuk menyertai IB ini. Ak dapat mengenal insan yang bernama teman sejati di sini. Hidupku tidak lagi kosong dengan adanya mereka.

*************************************************************************************

Segala kedukaan, kesedihan ak, ditampal dengan mukaku yang boleh menukar menjadi gembira. Wajahku mencorakkan kegembiraan, kesenangan tp di hatiku? Ya Allah. Engkaulah yang maha mendengar segala rintihanku ini. Rabbi yassir wala tu’assir yaa karim…

IB World.....

assalamualaikum....sahabat-sahabatku....


Hikmah bile ambil IB world ni, mengajar ak mengenal dunia dan akhirat. Mengenal masa depanku. Mengenal erti di sekelilingku. Mengenal erti hidup yang sebenar, yang realitinya. Tp, mengharunginya sangat sukar. Melaluinya sangat pedih. Menyeberanginya sangat mengasyikkan. Pelbagai masalah timbul, pelbagai persengketaan terjadi, pelbagai perselisihan ditimbulkan. Masing-masing untuk kepentingan diri sendiri. Lumrah n fitrah manusia, biarkan diri bebas dahulu br pkkan org lain. Tp islam cakap, “Jangan engkau melihat apa yang engkau lakukan pada orang lain, sebaliknya lihatlah apa yang orang lakukan padamu”. Kenapa perlu ada perkataan ego, sombong, angkuh dalam ib? kenapa perlu ada orang keseorangan terkontang-kanting dalam ib?

###################################################################

Bagi ak, mungkin ak dah biasa, tp bg org yg xpnh merasa hdup dalam keadaan hostel? Ak sedih. Knpa IB melahirkan individu yg selfish? Individu yang merasa dirinya hebat? Malam-malam bising, xhiraukan keadaan di sekeliling. Xfikirkan tentang perasaan dan apa yang orang lain sedang lakukan. Mungkin tengah study. Mungkin juga tengah bersedih. Dan mungkin jga tengah muhasabah diri dengan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang hari. Tetapi, masyarakat sekarang, bila diberi sedikit nikmat, iaitu IQ yang terlalu tinggi, xhiraukan perasaan dan keadaan orang lain. Alangkah syukurnya jika semua orang diberi kenikmatan itu. Tetapi tidak, hanya sesetengah sahaja. Sungguh besar dugaanMu ya Allah terhadap hamba-hambaMu ya Allah. Ak hanya insan dan hambaMu yang sememangnya hina, mohon keampunan dan kesejahteraan serta ketenangan hati dalam mengharungi semua liku-liku dan dugaan hidup yang Kau berikan ini. Hanya Alhamdulillah mampu ku ucapkan. Sabarlah hati kecilku ini, Allah sedang mengujimu. Allah sedang ingin meningkatkan darjatmu di sisiNya. Sabarlah dan tawakallah padaNya. Hanya padaNya jua aku kembali kelak.

Blog kali ke-2

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Alhamdulillah…ak diberi kekuatan lagi untuk membina blog ni untuk kali ke-2. Sedih, sayu, gmbira, tmpat ak berduka. Hidup semakin singkat kerana umur semakin panjang.. Ini bermakna, hidupku dan hayatku telah hampir pada maut. Lumrah manusia dan hamba Allah supaya sntiasa ingat mati… mati… takut bila digambarkan tp senang untuk diungkapkan. Mati lagi, takot untuk mengharunginya tp senang je melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada mati. Mati di dunia, hati mati daripada mengingatiMu ya Allah…

*************************************************************************************

Hidup semakin lama…tp perangai semakin menjadi2.. tak tahu bile nk ubah. Xtahu bile nk muhasabah. Xthu bila nk betulkan. Hidup sentiasa dibelenggu masalah. Walaupun bulan puasa, bulan ramadhan yang mulia ni,yang sememangnya dinanti-nantikan untuk menjadi satu cara untuk diri ini berubah menjadi semakin baik. Pergaulan makin terbatas, pandangan makin dijaga,nafsu makin dikawak. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Melafazkannya sememangnya senang tp melakukannya? Hanya Allah sahaja yang mengertinya. Yang menanggungnya, aku. Perasaanku. Hatiku. Perit, pedih tp dijanjikan manis di akhirat kelak. insyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan ku ini. Orang lain xkan mengerti akan apa yang ak sedang ckapkan, hanya Engkau yang mengerti kerana Engkau penciptaku.

Kalaulah ak....

Kalaulah ak....