Harapanku...

Harapanku...

Friday, August 28, 2009

IB World.....

assalamualaikum....sahabat-sahabatku....


Hikmah bile ambil IB world ni, mengajar ak mengenal dunia dan akhirat. Mengenal masa depanku. Mengenal erti di sekelilingku. Mengenal erti hidup yang sebenar, yang realitinya. Tp, mengharunginya sangat sukar. Melaluinya sangat pedih. Menyeberanginya sangat mengasyikkan. Pelbagai masalah timbul, pelbagai persengketaan terjadi, pelbagai perselisihan ditimbulkan. Masing-masing untuk kepentingan diri sendiri. Lumrah n fitrah manusia, biarkan diri bebas dahulu br pkkan org lain. Tp islam cakap, “Jangan engkau melihat apa yang engkau lakukan pada orang lain, sebaliknya lihatlah apa yang orang lakukan padamu”. Kenapa perlu ada perkataan ego, sombong, angkuh dalam ib? kenapa perlu ada orang keseorangan terkontang-kanting dalam ib?

###################################################################

Bagi ak, mungkin ak dah biasa, tp bg org yg xpnh merasa hdup dalam keadaan hostel? Ak sedih. Knpa IB melahirkan individu yg selfish? Individu yang merasa dirinya hebat? Malam-malam bising, xhiraukan keadaan di sekeliling. Xfikirkan tentang perasaan dan apa yang orang lain sedang lakukan. Mungkin tengah study. Mungkin juga tengah bersedih. Dan mungkin jga tengah muhasabah diri dengan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang hari. Tetapi, masyarakat sekarang, bila diberi sedikit nikmat, iaitu IQ yang terlalu tinggi, xhiraukan perasaan dan keadaan orang lain. Alangkah syukurnya jika semua orang diberi kenikmatan itu. Tetapi tidak, hanya sesetengah sahaja. Sungguh besar dugaanMu ya Allah terhadap hamba-hambaMu ya Allah. Ak hanya insan dan hambaMu yang sememangnya hina, mohon keampunan dan kesejahteraan serta ketenangan hati dalam mengharungi semua liku-liku dan dugaan hidup yang Kau berikan ini. Hanya Alhamdulillah mampu ku ucapkan. Sabarlah hati kecilku ini, Allah sedang mengujimu. Allah sedang ingin meningkatkan darjatmu di sisiNya. Sabarlah dan tawakallah padaNya. Hanya padaNya jua aku kembali kelak.

No comments:

Post a Comment

Kalaulah ak....

Kalaulah ak....