Harapanku...

Harapanku...

Friday, August 28, 2009

Hati kecilku.....

salam.....teman-temaku semua......

Hidupku makin gundah. Makin sedih. Makin sayu apabila meihat keadaan abangku yang sudah hampir 3bulan terlentang di atas katil. Sebak di dada ditahan, airmata di kelopak mata, bergelinang, disekat, ditepis. Xde yang memahami. Xde yang mengertinya. Bila ak di sisinya, terasa pelik. Melihat orang besar seperti bayi semula. Mak dan ayah dah sememnganya cukup sabar. Mengharapkan dibalas oleh anak-anak tetapi masih tidak dapat dibalas. Sebaliknya terpaksa menambah beberapa tahun lagi membesarkan seorang bayi yang sudah besar yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain di hati kecilnya, berdoa supaya dijauhkan semua ini. Hati kecilku menangis lagi. Xmahu memandang tp terpaksa. Tiba-tiba ak menjadi pelakon terhebat di hadapan mereka. Menyorok kesedihan, menyepikan kedukaan dan kehampaan. Menonjolkan kegembiraan, gelak tawa serta senda gurau untuk menyerikan suasana rumah. semua hilai tawa selama ini lenyap sekelip mata sahaja, 3 bulan yang lalu. Semuanya hilang. Sekarang penuh dengan kesedihan di hati masing-masing. Terutamanya mak. Mak, maafkan kak chik sbb xmampu berbuat apa-apa untuk abang. Hasbiyallah, wani’mal wakil, wani’mal maula, wani’mannasir…….

Pelbagai dugaan keluarga ku timpa. Dengan perangai abangku, ayahku, adikku yang xbrapa btol n elok ckit perangainye 2. Menambahkan lagi kesedihan dan kerisauan di hatiku dan makku. Kakak pula, timbulkan lagi masalah dengan masalahnya sendiri. Tetapi mengaitkan dengan keluarga. Isu kawen…hmmm…. Masalah2… tarikh dah tetap, tp nk tunda lagi untuk kali ke2…ape nk jadi dengan pihak laki ni. Hm. Semua dah settle. Duit hantaran dh siap. Cme tnggal nk akad je. Semuanya dengan izin Allah. Kita hanya mampu merancang, tp semuanya yang baik datang daripadaNya sahaja dn Dialah sebaik-baik perancang untuk segala-galanya di dunia ini. Hasbirabbi jalallah mafiqalbi ghairullah….

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang ada kesahnya sendiri termasuk diriku jua. Sekarang ak tengah melawan kemungkaran yang mungkin tidak sedar aku akan melakukannya. Pedih, perit, sakit tp manis dijanjikan kelak. Ak sangat-sangat perlukan sokongan, dan kata-kata semangat. Seringkali ak jatuh. Tp bukan dihadapan orang. Airmataku jatuh semata-mata untuk mengelak semua ini terjadi. Pedih. Sangat pedih. Hanya aku dan Engkau memahaminya. Ak perlukan Engkau dalam hidupku, dalam hatiku, menggantikan si dia. Ak lalai mengingatiMu bila hati kecilku ni hanya ada nama Dia. Tanpa kusedari, ak telah melakukan dosa yang sangat besar tanpa ak sangka. Ak merasakan perkara ini kecil, tp sebenarnya menjadi semakin berat. Dh nk msuk 3sem. Atau setahun setengah. Ya Allah, mudahkan urusan hambaMu ini. Ak hanya inginkan cintaMu, dan cintanya bila diizinkan Engkau. Ak menunggu izinMu, ak reda dan tawakal pada qada’ dan qadarMu. Ya Allah, jika dia baik untuk agamaku, hidupku dan matiku, maka sabarkan kami sehingga ke hari yang sebenarnya dan jika dia bukan untukku, maka, jauhkanlah dia dari ku daripada mengganggu ku, melalaikan ku daripada mengenal cintaMu yang hakiki.

*************************************************************************************

Ak merahsiakan semua ini daripada semua orang. Sekarang, tiada lagi rahsia (asrar) kerana (asrar) telah diambil orang. “Khazanatul Asrar” nama yang sangat indah yang membawa banyak makna kepada diriku. Tetapi, amat menyedihkan kerana “Asrar” telah diambil orang. ak xsanggup untuk menggunakan perkataan itu lagi. Satu lagi yang sangat menyedihkan ak, kenapa perlu ada ketidak adilan dalam hidup ini. Semua yang ak suka, yang ak kehendaki di ambil orang? mungkin itu yang terbaik untuk diriku, pujukku. Setiap kali perkara sebegitu terjadi, hati kecilku memujuk lagi. Memujuk, memujuk sampai letih. Sampai pedih. Ak menahan lagi perasaan ku, ak menahan lagi rahsia hatiku ini. Hanya ak dan buku biru mengetahuinya. Buku biru, pemberian teman baikku, menjadi temanku bila malam menjelma. Temanku bila ak sedih, berduka. Sahabat? Susah. Susah sangat kerana masing-masing sibuk. Walaupun ak ada teman rapat, tp, ak xmahu burdenkan masalahku dalam dirinya. Mereka pom ada masalah mereka tersendiri. Masalahku hanyalah masalah dunia. Masalah yang sangat xberfaedah. Xseperti mereka. Masalah mereka dengan pencipta kita. Mereka menyedarkan ak. Mereka disisiku bila ak perlu, bila ak sedih. Mereka teman yang sangat baik. Trima kasih ya Allah kerana telah memberi ak kesempatan untuk menyertai IB ini. Ak dapat mengenal insan yang bernama teman sejati di sini. Hidupku tidak lagi kosong dengan adanya mereka.

*************************************************************************************

Segala kedukaan, kesedihan ak, ditampal dengan mukaku yang boleh menukar menjadi gembira. Wajahku mencorakkan kegembiraan, kesenangan tp di hatiku? Ya Allah. Engkaulah yang maha mendengar segala rintihanku ini. Rabbi yassir wala tu’assir yaa karim…

No comments:

Post a Comment

Kalaulah ak....

Kalaulah ak....